Ahad, 30 Disember 2018

Gemuk hodoh. Kurus Cantik. Betul ke?

Kurus memang dikaitkan dengan cantik. Gemuk pula sesuatu yang meloyakan. Alah...jangan nak makan hati sangat ah!. Macam orang perempuan juga, asal lelaki bergaya je... handsome, bagus, perfect, kaya, berduit, poket tebal dan lain-lain. Tapi, saya akui tak semua kurus itu cantik.  Kalau pintu rumah lebih tebal dari tubuh, pipih je pinggul tu, lebih baik ambil tindakan. Gemuk atau kurus itu tidak penting, yang penting sihat atau lebih tepat berada pada BMI ideal. 


Sumber : https://www.materiumum.com/cara-menghitung-berat-badan-ideal/
cara-menghitung-berat-badan-ideal-bmi/

Melalui pengalaman saya melatih, kebanyakan wanita yang berusia 30-40 an, tubuhnya masih dikira  ok…boleh dibawa ketengah. Tetapi tanda-tanda menuju obes amat tinggi! kerana pada usia ini mereka lazimnya tergolong dalam kumpulan Lebihan Berat badan 1,2 dan 3. 


Sumber : http://www.thesakuramedia.com/2015/04/
aizat-amdan-tak-setuju-dan-bidas.html
Klik foto untuk mengetahui 
kehebatan FTB meng-kuruskan pesertanya

Jadi, bertindaklah segera kerana menjelang usia 40an dan keatas, sistem tubuh akan mengalami kelembapan dan usaha untuk cantik akan lebih lebih lebih struggle. Mulalah menyumpah sana sini. "Senaman pun tak kurus. Baik aku makan je. Fed up!". Antara sebab terperangkap dengan struggle ini adalah pada usia 40an keatas kepadatan otot akan berkurangan menyebabkan fungsi Mitochondria semakin lemah.



Program FTB 2019 mempunyai Video Kurus FTB. Video ini lengkap menjawab 
persoalan kurus dan anda boleh mengamalkan bersama keluarga dirumah.  
Dijual dengan harga RM290 untuk 8 topik menarik. Jika ingin PERCUMA, 
sertai FTB 2019 sekarang! 


----------------------------------------------------------------------------
Daftar Sekarang! Diskaun menanti. Klik foto dibawah

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdCY27pDk9tdptJaQjv5AgnW8pDL42_H1t2-sfOnQ6ab0lrkA/viewform
----------------------------------------------------------------------------


Mitochondria adalah power house. Ia amat penting untuk kurus kerana didalamnya tenaga dihasilkan untuk keperluan pergerakan. Selain faktor penuaan yang tidak boleh dielakkan, kurang aktif (bersenam) pada usia sebelum 40an menyebabkan mitochondria semakin lemah dan apabila perjuangan kurus  hendak dimulakan, segalanya menjadi terlewat dan tiada lain hanya menuntut semangat juang yang tinggi. itupun kalau tinggilah...lazimnya terkubur!. 













  


Selasa, 17 April 2018

HAMSTRING KOYAKKKK!

Seperti otot yang lain Hamstring boleh tercedera dengan pelbagai cara. Kali ini saya di datangi oleh Abg Sado yang GYM adalah rumah kedua beliau. 




Apabila ditanya bagaimana rasa sakit itu? Abang sado menjawab, "Bila saya nak duduk mencangkuk, macam sewaktu nak berak..uuuh sakit kat belakang pelipat. Bila berdiri takde pulak!. Dia punya rasa, pedih... dan kaki rasa macam takde power". Dengan beberapa soalan dan jawapan, kemudiannya saya membuat penilaian fizikal dan mendapati  abang sado mengalami Hamstring Pull. Apa itu HAMSTRING PULL?

Hamstring adalah otot yang berada di bahagian belakang paha atau lebih tepat melekat di head of fibula (origin) dan ischial tuberosity (insertion) yang posisinya sedikit menyerong dari lutut hingga pinggul. 


-----------------------------------------------

LEKATAN DAN POSISI OTOT HAMSTRING

-----------------------------------------------


Fungsi utama Hamstring adalah untuk melakukan knee flexion atau melipat kaki. Jika kecederaan hamstring berlaku dihujung tendon, kesakitan lazimnya dirasai ketika mengubah posisi duduk ke berdiri seperti dalam solat. Jika kesakitan dirasai secara on off semasa menendang bola, menjangkau ketika bermain badminton, berlari, ia memberi gambaran kecederaan hamstring berlaku tengah-tengah paha.  

------------------------------------

SAKIT DI PELIPAT (BULATAN MERAH)

KETIKA MENUKAR POSISI DARI SUJUD KE BERDIRI 

-----------------------------------------------


Dalam kes Abang Sado ini, disebabkan beliau suka menfokuskan latihannya di bahagian kaki , ketika melakukan  senaman Knee Extension dengan high load dan speed kuncupan otot quadricep yang kuat telah meregang dan mengoyakkan hamstring (origin). Lalu terjadilah HAMSTRING PULL!   


Foto diambil dari : 
http://drjarodhalldpt.blogspot.my/2016/10/why-there-is-nothing-wrong-with-dreaded.html



Keadaan ini samalah seperti ketika Hussien bolt atau pelari-pelari acara 100 meter memecut saat tembakan larian dilepaskan keudara. Oleh kerana otot quadricep (paha hadapan) lebih kuat dan bilangannya jauh lebih besar iaitu 4 otot berbanding hamstring 3 otot, Hamstring pull amat kerap berlaku kepada pelari pecut dan sebarang aktiviti sukan yang melibatkan pergerakan pantas pada sendi lutut. 

------------------------------------

KES LAIN YANG SERUPA


------------------------------------



Dalam kes lain pula (Kes 11), pesakit saya ini hanya bermain futsal. Kecederaannya berlaku ketika seluruh kakinya diluruskan untuk menendang bola. Pada saat itu, pemain lawan telah menerjah pergelangan kakinya. Daya yang mengena dipergelangan kakinya itu telah menyebabkan otot di belakang pelipatnya iaitu poletial dan hamtring menerima stres yang tinggi lalu koyak dan membengkak. 

------------------------------------


KLIK FOTO 

BUAT TEMUJANJI SEKARANG 

------------------------------------




Ahad, 28 Januari 2018

SAYANGI ANAK-ANAK, CEGAH HIPERTENSI


Intro

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2011 oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan 32.7 peratus orang dewasa berumur 18 tahun ke atas didapati mempunyai masalah hipertensi. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004 pula menunjukkan, penyakit berkaitan kardiovaskular menyumbang kepada 36 peratus daripada jumlah kadar kematian di Malaysia.



Kredit foto -
http://www.businessdayonline.com/hypertension-prevalence-nigeria-30-45-experts/



Apa itu Hipertensi?


Hipertensi adalah keadaan di mana saluran darah berterusan mengalami tekanan tinggi. Tekanan darah normal dalam kalangan orang dewasa ialah 120/80 mm Hg. Apabila tekanan darah sama atau melebihi 140/90 mm Hg, ia dianggap naik atau tinggi. Lebih tinggi tekanan darah lebih tinggi pula risiko kerosakan pada jantung dan saluran darah dalam organ utama seperti otak dan buah pinggang.Bertindaklah sekarang sebelum terlambat, hipertensi boleh di cegah dengan senaman. 


3 cara Follow The BEAT mengatasi Hipertensi

Pertama
Yang perlu anda tahu, Coach Sufian Sulaiman yang merupakan Founder Follow The BEAT pernah bertugas di Hospital UKM dibawah Program Kerjasama Pembangunan Perkhidmatan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Masyarakat Hospital UKM dan antara tugas beliau adalah melatih pesakit Warga Emas (60 tahun keatas) yang mempunyai pelbagai penyakit NCD seperti hipertensi dan diabetis, CAD, Parkinson dan lain-lain sehingga sihat. 





Kedua
Modul latihan Follow The BEAT terbukti selamat kerana kandungannya diambil dan diubahsuai dari Modul 10 kg 10 minggu yang telah diguna pakai oleh pihak Kementerian Kesihatan dibawah program KOSPEN dan Promosi Kesihatan Malaysia. Modul 10kg 10 minggu adalah 'air tangan' Coach Sufian Sulaiman. 



Ketiga
Follow The BEAT menggabungkan muzik melalui senamrobik dengan Modul Kurus Follow The BEAT yang sesuai kepada semua peserta termasuk yang berisiko menghidapi penyakit NCD. 





Jom saya bantu 
sertai Follow The BEAT sekarang 
Klik FOTO DIBAWAH 
v
v






Jumaat, 26 Januari 2018

5 LANGKAH UTAMA TURUN BERAT BADAN


Kurus tidak bererti sihat tetapi Obes sudah tentu BERPENYAKIT. Dahulu obes dikategori sebagai RISIKO PENYAKIT namun sekarang ia ‘dinaik taraf’ sebagai PENYAKIT. Maka langkah-langkah untuk memberhentikan obesiti harus dimulakan. BAGAIMANA?

Terdapat 5 langkah penting yang perlu anda tahu


Langkah 1

Dapatkan ilmu tentang senaman dan pemakanan. Aspek yang harus dipelajari adalah berkaitan KESELAMATAN bersenam dan pemakanan (diet). 

Foto : Senaman tanpa ilmu akan mengundang kecederaan. lokasi paling kerap tercedera adalah ankle kerana disitu adalah tumpuan bebanan tubuh ketika melompat, berjalan dan sebagainya.  Credit photo : http://www.physiopro.co.za/acute-injuries-rice-meat/

Contohnya dapatkan panduan dari coach dengan bertanya adakah aktiviti ini selamat untuk golongan yang ada darah tinggi dan apakah alternatifnya?. Contoh lain, dapatkan panduan dari coach dengan menyoal cukupkah kalori dari makanan saya ni? 


Amalkan diet yang seimbang, sederhana dan pelbagai dengan pendekatan Suku Suku Separuh Pinggan Sihat KKM
Credit photo - http://www.steviamalaysia.com/pinggan-sihat-malaysia/

Keselamatan adalah prinsip utama untuk KURUS. Jangan lakukan sebarang aktiviti senaman atau diet yang menyebabkan anda sakit, gastrik (diet) dll. 



Langkah 2

Buang halangan-halangan mental, emosi, fizikal dan spiritual. Ertinya buat persediaan agar halangan-halangan seperti tak ada masa, tak sempat kerana sibuk, stres ditempat kerja,  stres kehidupan, stres tak dapat makan dan sebagainya.   

Untuk membuang halangan ini kena refer Langkah 1 iaitu ILMU. Contohnya apabila anda dalam situasi kerja  yang terlalu sibuk sehingga menyebabkan waktu senaman 'diceroboh', anda tak sempat. Apa nak buat? Ilmu mengenai UBAH SUAI FITT harus digunakan. 


Jom saya bantu anda 
dalam program Follow The BEAT.  
Klik FOTO DIBAWAH 
v
v



Langkah 3

Susun jadual agar sesuai dengan jadual seharian supaya tidak menimbulkan halangan-halangan diatas tadi (Mental, Emosi, Fizikal dan Spiritual). Perkara paling penting dimasukkan didalam jadual adalah peruntukkan 3 kali senaman seminggu dan tetapkan menu apa harus dimakan dalam seminggu. 


Jadualkan latihan dan menu mengikut hari.
Credit photo - http://www.warehouse-clerk.net/6-7-day-schedule-template/


Langkah 4

Gunakan latihan yang simple, fun tetapi berkesan seperti menggunakan elemen muzik, jarak yang dekat dan berulang, pelbagai kaedah, pelbagai lokasi dan sebagainya.

Foto - Senaman menggunakan muzik seperti aerobik
dan dalam kumpulan besar akan memberikan motivasi kepada golongan obes. Percayalah!



Langkah 5

Timbang berat 1 minggu sekali untuk memotivasikan diri dan memantau apakah betul latihan yang dilakukan berhasil. Jangan bimbang dengan angka timbang!. Dan jangan tersalah faham jika berat tidak berubah atau meningkat. Lazimnya jika senaman dan diet betul, berat akan meningkat disebabkan kepadatan otot bertambah. So jangan panik sebab matlamatnya nak turunkan lemak! bukan BERAT. 


Jangan risau nak timbang tau. Timbang untuk memastikan perjalanan anda tepat.
Foto credit - http://bodyfatanalyzer.reviews/philips-connected-body-analysis-weight-scale-review.htm



JOM LIKE 
FB FOLLOW THE BEAT
UNTUK INFO KURUS BERKESAN
KLIK FOTO NI
vvvvvvvv
vvvvv
vvv
v








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...